Dikecam Netizen Isu Suplemen Bayi, Ini Jawapan Balas Neelofa, Apa Kata Anda?

Selepas Dikecam Netizen Isu Suplemen Bayi, Ini Jawapan Balas Neelofa, Apa Kata Anda? |

Memang diakui pengacara, pelakon dan ahli perniagaan Neelofa sememangnya hebat dalam dunia perniagaan.

Foto: IG Neelofa

Namun, mungkin kali ini dia ‘tergelincir’ berhubung isu kontroversi Suplemen Bayi baru-baru ini.

Susulan itu, Neelofa tampil menjelaskan isu berkenaan menerusi laman Twitternya.

Dalam kenyataan itu, Neelofa menghargai dan memahami semua komen dan perhatian diberi orang ramai berhubung isu terbabit.

“Pengurusan produk CnG dalam usaha membetulkan isu berkenaan dan cuba menjelaskan segala kekeliruan yang timbul.

“Segala kerjasama dan kesabaran anda amat saya hargai,” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa mempromosikan suplemen yang dikatakan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak menerusi laman Instagtramnya.

Malangnya, ia mendapat reaksi negatif daripada orang ramai terutama golongan pengamal perubatan yang mempersoalkan keselamatan produk berkenaan yang mungkin memudaratkan dan memberi kesan sampingan lain.

Foto: IG Neelofa

Bagus Neelofa tak mudah melatah apabila berhadapan isu kontroversi seserius ini. Masih ada yang tak puas hati dengan penjelasan daripada Neelofa itu? – CARI

IKLAN SANA-SINI

Jika anda atau sesiapa saja yang anda kenal mengalami pelbagai jenis penyakit kulit seperti psoriasis,eczema,ruam bayi,gatal-gatal,panau dan kayap dan apa jua jenis penyakit kulit..anda boleh merasai dan mencuba sendiri keberkesanan produk ini…

Jangan tunggu lagi dan jangan biarkan penyakit ini membuatkan anda hilang keyakinan diri dan menderita..dapatkan sekarang juga,.

Hubungi saya,Puan Sulaihah sms/whatsapp sekarang juga 01110588817 🙂

atau klik disini untuk whatsapp tanpa save nombor –> wasap.my/601110588817